Wednesday 9 May 2012

Gambar Moto aqu dari Stendet hingga Modi

Kan aqu dah janji semalam yang aqu maw post pic moto aq dari stendet sampai yang dh modi..kt bawah nie la korang tinguk k..




Haaa..yang nie rupa moto aqu 1st tym angkat taw...stendet thap dewa..hehehe..





yang nie baru maw modi cikit2..gatal bah tangan nie maw kasi cantik nie moto..aqu baru pas tukar mudguard laici biar nampak garang cikit..(Pasang sendiri nie)



yang nie aqu dah kasi lowered depan,putung seat bagi nampak sport cikit dan dah tukar absorber kriss..lowered ow macam d kk...hahaahhaha..


yang banyak-banyak barang kat moto tu pasal maw balik kampung..maw raya kan tym tu..yang nie aqu tukar absorber belakang brand NOB1 yang diameter besar n lowered dari absorber kriss..tpi nda lama guna pastu jual coz terlampau lowered..huhu







yang nie aqu dah nekad maw tukar exterior iaitu buka stiker CT lama dan sumbat stiker CT baru...nampak macam moto baru plak aqu rasa..baru cuci..hahaha..cover horn aqu hias dengan stiker Carbon 3D yang femess tu..huhu..dan cuba korang tinguk mudguard yang aqu guna..agak rare di mata pengguna modenas CT yang da kt kk nie ow..mudguard laici lama(fiber tuuu)..











ok....nie la pic moto aqu yang paling latest..pun baru pas cuci..hehehe...baru nampak silau cikit..yang nie aqu dah banyak tukar ow..guna blok racing.Clutch Spring Racing,ekzos racing,plug cable keta,carb kriss110 timbak siring,dan Oil Breather dan Oil Catch Tank..(made by me)..









Tuesday 8 May 2012

Assalamualaikum wat semua peminat-peminat jentera keluaran Modenas,aqu ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih banyak2 sebab sudi tengok blog aqu yang ndak seberapa nie..heheh...bgus juak korang sebab memilih motorsikal keluaran Malaysia sebagai "tenggiling" korang untuk pigi tempat keja dan jalan-jalan @ yang sewaktu dengannya..

Tujuan aqu wat blog nie psal aqu maw kongsi pa saja yang aqu taw n aqu belajar selama nie ma korang tentang motor..skang aqu guna moto MODENAS CT100..aqu memang impikan motor nie dari dulu dan skang dah menjadi milikku hasil bantuan dan sokongan dari yang tercayang..ewah..huhuh..

Tanggal 8.4.2011 aqu telah membeli sebuah motor Modenas CT100 wrna itam,hari tu aqu sangat hepi sampai............aqu nda taw pa maw cakap lagi..heheh...dari stendet sampai aqu dah modi skang tatap mantap mcam moto baru joo...heheh...maw tengok pic moto aqu ka..??tunggu d post yang akan datang k..heheh...aqu sayang CT..!!!(bukan CT nurhaliza ah,huhu)

Logo Rasmi Modenas



CT110



CT100



KRISS 100



KRISS 120



GT128


ELEGAN 200



ELEGAN 150



ELIT SPORT 150



ELIT 150


CTRIC



ACE 115



MR1


Sejarah Modenas


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluarmotosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di GurunKedahMalaysia.
Sejarah syarikat tersebut bermula pada tahun 1990-an. Selepas kejayaan syarikat automotif nasional PROTON, kerajaan telah merancang untuk melancarkan projek motosikal nasional. Modenas ditubuhkan pada 1995 dan majoriti sahamnya dipegang oleh KawasakiNissho IwaiKhazanah Holdings Berhad dan DRB-Hicom Berhad.

Secara umumnya, Modenas menghasilkan model motosikal bawah 250 cc. Kebanyakan modelnya terdiri daripada model skuterserta model motosikal moped (kapcai).

KRISS 110
  • Kuasa kuda: 9.0 PS (6.6 kW) @ 8,500 rpm 
    Daya kilas:
     9.3 N-m (0.95 kgf-m) @ 4,000 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 111 cc
  • Lubang x lejang: 53 x 50.6 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Berat kering: Lebih kurang 100 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan dengan klac emparan automatik
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 120 km/j
Modenas Kriss adalah model pertama yang dilancarkan oleh Modenas pada tahun 1996. Ia mula dipaparkan kepada umum semasa perarakanHari Kebangsaan pada tahun 1996 dan mula dikeluarkan pada akhir tahun tersebut. Model asal hanya menggunakan brek gelendong, tetapi pada tahun 1999 model brek cakera hadapan telah dilancarkan, dikenali sebagai Kriss 2 (atau Kriss 115 Sports di sesetengah negara). Digerakkan oleh enjin 111 cc yang dibangunkan oleh Kawasaki, Modenas Kriss menjadi model motosikal paling laris di Malaysia.
Satu lagi varian Kriss iaitu Kriss SG dilancarkan pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, tidak seperti varian Kriss yang lain, varian ini tidak begitu laris disebabkan oleh rekabentuknya yang agak ketinggalan zaman.
Semua varian Kriss menjalani perubahan kosmetik yang ketara pada tahun 2003 melibatkan lampu-lampu untuk memberi rekabentuk yang lebih baru dan lebih baik.

[sunting]Kriss 100

  • Kuasa kuda: 5.0 kW (6.8 ps) at 7500rpm
  • Daya kilas: 6.7 Nm (0.69 kgf.m) at 5500rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 100 cc
  • Lubang x lejang: 50.0 x 49.5 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 110 km/j

[sunting]Kriss 120

  • Kuasa kuda: 9.79 HP (7.3 kW) @ 8,500 rpm
  • Daya kilas: 10 N-m @ 6,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 120 cc
  • Lubang x lejang: 55.0 x 50.6 mm
  • Nisbah mampatan: 9.8
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 130 km/j

[sunting]Kristar

Kristar adalah model terkini yang dilancarkan pada penghujung 2004. Modenas bercadang untuk menghasilkan model Kristar sebagai sebuah model serba baru setelah hampir sedekad pengeluaran model Kriss.
Walaupun Kristar menggunakan enjin yang sama seperti Kriss, Modenas mendakwa Kristar memiliki kadar penjimatan minyak yang lebih baik iaitu 46.95 km/L @ 90 km/j, berbanding Kriss dengan kadar penjimatan minya sebanyak 44 km/L @ 90 km/j. Peningkatan kadar penjimatan minyak adalah hasil daripada pemasangan tiub pernafasan tangki minyak yang disambung ke rongga masukan untuk pelepasan asap yang lebih bersih dan penjimatan minyak yang lebih baik.
Selain rekabentuk serba baru serta penjimatan minyak yang lebih baik, Kristar juga mempunyai ciri-ciri seperti ruang letak barang di bawah tempat duduk yang boleh dibuka dari slot kunci penyalaan, lampu hadapan berkembar, peredam gaya superbike yang bergaya serta sistem pengesan kerosakan lampu belakang yang didakwa oleh Modenas sebagai satu-satunya model yang dilengkapi dengan sistem tersebut.

[sunting]GT 128

  • Kuasa kuda: 9.63 HP @ 7,500 rpm
  • Daya kilas: 10.7 N-m @ 6,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 130 cc
  • Lubang x lejang: 53.0 x 59.1 mm
  • Nisbah mampatan: 10.1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Kadar pembakaran minyak: 64.4 km/l @ 80km/h
  • Berat kering: 102 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 140 km/j
TRANSFORMASI GENERASI TERKINI MODENAS
Pada Mac 2009, Modenas telah melancarkan motosikal model terbaru MODENAS GT 128 yang menampilkan satu transformasi dari segi rekabentuk yang berbeza dari model-model yang telah diperkenalkan sebelum ini. Motosikal ini menggunakan enjin 130cc yang dilengkapi teknologi Kawasaki. Projek model ini dinamakan P507, telah mula dibangunkan seawal tahun 2006 dan telah melalui ujian-ujian yang getir oleh jurutera-jurutera tempatan Modenas untuk meyakinkan lagi tahap kualiti dan kualiti rekabentuk.Berdasarkan ciri-ciri enjin yang tahan lasak dan menjimatkan petrol, model ini juga dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang untuk kuasa membrek yang lebih sempurna dan selamat, rim sport untuk pengendalian motosikal yang lebih cekap dan kelihatan bergaya, panel paparan elektronik dengan penunjuk aras untuk petrol, keupayaan bateri dan minyak enjin. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Meter RPM beranalog dan Pengesan Posisi Pendikit Minyak (Throttle Positioning Sensor,TPS) yang berupaya mengoptimumkan penggunaan bahan api serta lampu yang lebih terang dan lebar. Ianya juga menampilkan empat corak warna menarik iaitu oren uranium, hijau kriptonia, silver (perak) titanium dan putih millenia serta grafik yang mampu menepati citarasa golongan yang mahukan ketrampilan ”sporty”, berani dan berevolusikan generasi terkini.

[sunting]Dinamik

  • Kuasa kuda: 16.8 HP @ 9,000 rpm
  • Daya kilas: 14.1 N-m @ 8,000 rpm
  • Jenis enjin: 2 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 118 cc
  • Lubang x lejang: 54 x 51.8 mm
  • Nisbah mampatan: 7.3:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.6 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: Manual 6 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 175 km/j
Setelah bertahun-tahun hanya menghasilkan hanya motosikal berenjin 4 lejang, Modenas melancarkan model 2 lejang sulungnya, Dinamik bersama-sama dengan skuter Elit dan Ceria. Modenas mendakwa model ini melepasi piawaian emisi Euro 2 tanpa penggunaan pengubah bermangkin.
Model ini dibina oleh Modenas sebagai persediaan untuk menyertai kejuaraan Malaysian Cub Prix yang selama ini didominasi oleh mesin Yamaha. Semasa kejuaraan tersebut, Modenas menaikkan sesaran Dinamik kepada 125 cc untuk memperoleh lebih kuasa dan daya kilas.

[sunting]Karisma 125

  • Kuasa kuda: 6.8 kW @ 8,500 rpm
  • Daya kilas: 9.3 N-m (0.95 kgf-m) @ 7,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara paksaan
  • Sesaran: 124.9 cc
  • Lubang x lejang: 51.5 x 60 mm
  • Nisbah mampatan: 9.2:1
  • Kapasiti tangki minyak: 7.5 L
  • Berat kering: 105 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 110 km/j
Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak model skuter diperkenalkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kawasaki tidak menghasilkan skuter, oleh itu Modenas perlu merujuk kepada sebuah syarikat skuter Taiwan untuk pemindahan teknologi skuter. Sungguhpun demikian, Modenas perlu memperbaharui sendiri model skuternya kerana kualiti skuter buatan Taiwan yang begitu rendah.
Barisan pengeluaran terawalnya mengalami masalah pengendalian, namun setelah banyak pembaharuan yang dilakukan untuk membaii pengendaliannya skuter Modenas Karisma menjadi model skuter paling popular di Malaysia.

[sunting]Elit & Elit Sport 150

Pada bulan Ogos 2003, Modenas melancarkan tiga model sekaligus untuk menghadapi persaingan sengit dalam pasaran skuter Malaysia dengan skuter-skuter dari Eropah dan Asia, di mana kebanyakan skuter bersaing untuk merebut hati peminat skuter dengan kuasa dan gaya yang berlainan.
Skuter Modenas Elit dilancarkan sebagai alternatif kepada Modenas Karisma, dan didatangkan dalam 2 pilihan sesaran - model 125 cc and model 150 cc yang lebih berkuasa.Kedatangan Elit Sport baru muncul pada tahun 2006.Ia didatangi dengan bentuk dan chasis yang lebih kukuh dan bergaya.Di negara eropah Elit Sport 150cc dikenali sebagai "Bob Cat" manakala di taiwan dan jepun "PGO Gmax".Walaupun skuter sering dipertikaikan kurang berkuasa atau laju, namun motosikal ini mampu mencecah kelajuan 130km/j dengan masa yang cepat tanpa sebarang masalah.Malah motosikal cup seperti Honda EX5 100cc,Kriss 110cc,120cc,128cc, Yamaha Lagenda 110cc,115cc dan Nouvo LC 135cc tidak mampu mengatasi kuasa sedia ada pada skuter ini.Dengan harga yang juga berpatutan ia membuatkan skuter ini mampu dimiliki oleh semua golongan di Malaysia.

[sunting]Ceria

  • Kuasa kuda: 5.5 kW @ 7,750 rpm
  • Kilasan: 7.38 N-m @ 6,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 101 cc
  • Lubang x lejang: 51.5 x 48.5 mm
  • Nisbah mampatan: 10.5:1
  • Kapasiti tangki minyak: 6.7 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 100 km/j
Skuter Modenas Ceria dilancarkan bersama-sama dengan model Elit. Skuter ini mengguinakan enjin 100 cc yang lebih kecil, menjadikan model Ceria sebagai model skuter dengan sesaran terendah pernah dibina oleh Modenas.

[sunting]Elegan

  • Kuasa kuda: 13 PS (9.56 kW) @ 8,000 rpm
  • Daya kilas: 11.7 N-m @ 6,000 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 4 injap 4 lejang satu silinder, sejukan air
  • Sesaran: 149.6 cc
  • Lubang x lejang: 57 x 58.6 mm
  • Nisbah mampatan: 11:1
  • Kapasiti tangki minyak: 8.5 L (± 0.3 L rizab)
  • Berat kering: 144 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 140 km/j
Pada penghujung Februari 2004, Modenas melancarkan skuter sejukan air pertama mereka, Modenas Elegan. Model inin disasarkan kepada golongan yang ingin melakukan perjalan jarak jauh. Sebagai tambahan kepada enjin sejukan air yang berkuasa, skuter Elegan mempunyai tangki minyak yang mudah dicapai di bawah hendal, ruang letak barang yang besar di bawah tempat duduk, dan meter digital untuk odometer meter suhu dan tolok minyak. Dinding silinder enjin disaluti seramik Ni-Si untuk ketahanan yan lebih baik semasa perjalanan jauh.

[sunting]Passion

  • Kuasa kuda: 7.1 kW @ 7,750 rpm
  • Daya kilas: 9.3 N·m @ 6,7850 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang 1 silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 124.9 cc
  • Lubang x lejang: 51.5 x 60 mm
  • Nisbah mampatan: 9.9:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4 L
  • Berat kering: 97 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Lebih kurang 120 km/j

[sunting]Jaguh 175

  • Kuasa kuda: 16 PS (11.8 kW) @ 8,500 rpm
  • Daya kilas: 13.7 N-m (1.4 kgf-m) @ 7,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 174 cc
  • Lubang x lejang: 65 x 52.4 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 14 L
  • Berat kering: 132 kg
  • Transmisi: 5 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 140 km/j
Pada tahun 1999, Modenas membina model cruiser kecil berasaskan model popular Kawasaki Vulcan. Model ini disasarkan kepada peminat motosikal yang ingin memiliki model motosikal cruiser Amerika tetapi tidak berkemampuan akibat cukai import motosikal yang sangat tinggi diletakkan oleh kerajaan serta disebabkan keengganan bank untuk membiayai pinjaman untuk membeli motosikal besar.

Modenas Passion adalah model skuter terbaru yang dilancarkan oleh Modenas pada Januari 2006. Modenas Passion yang menggunakan sepasang roda besi tuangan 14 inci menghadapi persaingan sengit dengan Yamaha Ego.